Kebelakangan ini banyak isu yang diperkatakan mengenai masalah sosial dikalangan remaja . Pelbagai andaian, hujah cadangan aktivivtibagi menangani masalah ini.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negetif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat atau negara.
Contoh kesalahan atau gejala sosial dikalangan ramaja adalah seperti melepak, merempit, merokok, ponteng sekolah, peras ugut dan lain-lain lagi.
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja yang bermasalah ini adalah berkaitan dengan kemerosotan dari segi asuhan, didikan agama, bimbimngan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Punca lainnya mungkin adalah daripada pengaruh persekitaran , luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah ibu bapa atau penjaga haruslah memberikan sepenuh perhatian pada anak-anak, mengambil tahu tentang kegiatan anak-anak dari masa kesemasa . Ibu bapa juga harus banyak berinteraksi dengan anak-anak mereka. Selain itu kaunseling di Sekolah juga perlu diadakan.
Untuk mengatasi masalah ini pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan tetapi apa yang lebih penting ibu bapa haruslah memainkan peranandan tanggungjawab dalam mengatasi masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan